Tuesday, November 10, 2009

Cuti sekolah...

Assalamualaikum...


Pagi tadi masa celik mata, badan esp kat belakang abdomen ni rasa tak berapa selesa. Ini mesti sebab terlalu banyak menjahit sejak 2-3 hari lepas. Memang nak kena kejarkan apa2 yang nak dijahit ni sebab cuti sekolah dah makin hampir maknanya, maklang dan keluarga pun nak bercuti dan juga tempahan menjahit untuk pengantin yang bakal meraikan hari bahagia tak lama lagi mesti disiapkan. Maklang terpaksa dulu kan untuk pengantin punya dan berharap tempahan2 yang lain tu sabar menantilah ye...:)


Semalam Cik Abang maklang tak berapa sihat. Kesian tengok dia asyik keluar masuk bilik air aje entah berapa kali. Orang lain tak kena pulak. Agak2nya mesti sebab dia makan tahu goreng berkicap cili padi yang bibik buat tu. Memang feberet dialah tu...Tapi alhamdulillah setelah bertarong dalam bilik air, pagi ini nampak dia sihat dah sikit...macam cuaca kat luar lah yang terang benderang tu.


Anak2 semua dah mula pulangkan buku pinjaman. Akim especially dok komen sebab pegi sekolah dah tak belajar apa2 dah. Maknanya tu nak memontenglah tu...Hmmm...pandai cakap berlapik. Tapi of course lah kami suruh jugak dia kesekolah. Lagipun, tinggal semiggu aje lagi. Result periksa baru ni entah macamana tak tahulah..Harap2 semenya berjaya dengan cemerlang..

Bila ingat anak2 nak cuti, maklang pun rasa nak amek cuti tanpa gaji saja selama anak2 cuti....bestkan ..approval dari Boss kat rumah dah lama dapat, tapi nak cuti dari office kena pikir pulak sebab ada projek yang tengah berjalan...



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Saturday, November 7, 2009

Mission Accomplished..

Assalamualaikum...


Alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah ku Syurga ku...Walaupun perjalanan tadi amat slow dan berhati2 sebab hujan terlalu lebat sampai tak nampak jalan. Sepanjang perjalanan, hujan lebat kat Karak dan juga di Temerloh area. Maklang tidor lena lepas Karak sebab dihiburkan sekejap dengan lagu Andrea Bocelli, Rahmat Ekamatra, Salim dan sekali sekala Ella Fitzgerald. Lagu tu dah best, tapi yang menyebabkan tidur tambah lena dengan penyanyi latar yang menyanyi dengan penuh semangat...Alhamdulillah dan terimakseh dengan dendangan yang sungguh merdu...:)


+++++++


Kali ini, mission ke Kuala Lumpur memang fully accomplished. Malah ada yang tak dirancang pun menjadi..Alhamdulillah...


Pagi Jumaat, selesai breakfast dengan roti canai frozen dan gulai daging dari Kerteh, kami pun bertolak untuk jalan2 melayan hobi Cik Abang...He..he...Puas hati dia dapat pergi tengok rumah cantik2 kat Kajang tu. Saje je tengok, suka2...hobilah katakan...

Lepas dari melayan hobi Cik Abang, kami menuju kearah PJ. Sementara Abang pergi solat Jumaat dengan Hakim, Cik Abang hantar maklang ke Amcorp Mall. Mulanya tengok2 pinggan untuk Wan Pari tapi bila tengok2, sendiri pulak terberkenan. Ada lah beli sedikit, sebab lama dah nak beli pinggan untuk kek yang ada kaki. Lepas tu, jumpa pulak teko2 kecik ...senang nak buat kopi untuk Cik Abang . Boleh tukar pakai teko2 yang ada ...:)

Then ke kedai buku. Bila Along dapat tahu mak dia nak pergi kedai buku, berpage2 dia sms title buku untuk dia. Biasalah tu.

Selesai beli buku, cik Abang yang dah selesai solat ambil kami untuk nak lunch. Sedap makan kat Haidramawt. Makan nasi arab. Lebih kurang dengan briani. Harga pun boleh tahan. Beli jugak baclava. Sedap tapi of course tak boleh lawan yang dari Simah.

Selesai dari situ, kami balik. Elok kami tiba rumah, busu dan agent untuk nak sewa rumah pun sampai. Layan2 agent tu kejap dan lepas tu maklang keluar ngan busu ke pejabat kawan kat Bt.Caves. Memang dah janji nak jumpa. Terlewat lah kejap sebab tersalah exit. Sempat jugak shop beberapa buah buku cerita. Yang best tu kawan maklang kasi guna discount card dia. 35% off! Seronoklah membeli belah buku2 cerita buat anak2.

Dari situ, kami ke jalan TAR kejap. Maklang borong riben. Balik rumah dah dekat pukul 8:00mlm.

Selesai solat around 9:15pm, kami ke rumah Alang. Seronok bila tiba rumah Alang, ada Ustaz Zahazan. Memang suka kalau dia kasi ceramah. Kat Tanyalah Ustaz. Lembut aje ceramah dia...Very soothing cara percakapan dia...

Kami tiba kat rumah kami dah hampir jam 12:oo..So layan bantal lah...


+++++

Pagi tadi pulak lepas2 goreng nasi ayam goreng ( leftovers dari Kerteh jugak), maklang mula berkemas. Pack segala pinggan mangkuk, alas2 katil, bantal2...Waa...penuh lah 2 kereta...Separuh balik JB, ikut Busu dan separuh lagi balik Kerteh. Nanti bila Busu ke Kerteh, dia akan bawaklah barang tu semua, InsyaAllah...


Sekitar jam 10, sepupu maklang dan keluarga datang visit kami. Datang dengan banyak nya makanan. Terimakaseh lah banyak2 kerana bawak makanan tu seme. Tak terhabis...:)

Highlite of the day was, kami dapat jugak pergi visit Tulippurple kat spital sebelum bertolak balik. Hmmm...tembannya baby dia, 4.2 kg. Tak berani nak geromol sebab maklang masih batuk selsema. Abang baby pun sempat ditidurkan oleh Cik Abang...Alhamdulillah Tulippurple sihat walafiat, and biasalah clad in purple....:). Ada ambil gambar tadi, guna camera fon. Tapi biarlah mak baby yang letakkan gambar anak dia dulu...

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, November 4, 2009

Ke Kuala Lumpur lagi wiken ni

Assalamualaikum...

Semalam petang Cik Abang beritahu, jom ke KL wiken ni, teman Abang...Hmmm....kalau tak ikut kesian pulak tak ada yang teman. Jalan jauh2 sorang2. Kalau ikut kang, memang penatlah bila travel jauh2 ni. Dah tugas isteri kenalah teman suami...he..he...


Serta merta tukar plan. Nak meet Busu lah kat KL tu nanti. So, busu akan datang dari JB jumpa kami kat KL.saje2 jer. he..he...Boleh Busu bawakkan hadiah anniversary dari Atok dan Wan...Tak lama lagi dah 18 tahun kami berumahtangga. Along dah ajak pi makan, dia kata dia nak belanja, tapi Abah yang bayar...Iyelah tu....

Anak2 yang 2 kecik memang awal2 dah kata nak ikut. Along dan Angah as usual nak tinggal. Malassss mereka nak menyebok. Lagipun mereka masih periksa lagi. Yang 2 kecik ni dah selesai.

Maklang tak ada apa2 urusan pun nak ke KL. Saje ikut. Tapi kena hangkut sedikit bekalan jahitan untuk nak jahitlah konon sementara Cik Abang menguruskan apa yang nak diurus. Makanan pun bawak yang siap di masak ajer dari sini. Ikan bilis berlada, dendeng and tak tau nak mintak bibik masak apa lagi untuk bekal makan 2 hari. Tapi pun mungkin cukuplah tu sebab Cik Abang dah kata nak bawak makan nasi beriani kat jalan Raja Chulan. Entah nama apa kedai tu tak ingat pulak. Mungkin lepas tu nak melencong ke Amcorp Mall, carik barangan yang maklang paling suka, pinggan mangkuk lagi..he..he...baru aje Puan Saz hantar ke rumah hari Senin lepas, pinggan mangkuk yang dia belikan masa dia pergi jalan baru ni. Nasib baik Cik Abang paham isteri dia ni...Alhamdulillah...suka hati nak beli apa, asal bahagia. Yang best tu kalau nasib baik, dia yang belanja!

Lain dari tu, tak ada apa2 plan laa...Setakat ni, baju maklang ngan Cik Abang aje dah ada atas kerusi tu untuk nak dimasukkan kedalam beg. Anak yang 2 tu, besok boleh mintak bibik tolong packkan...So, insyaAllah by malam time we will be in KL lah pulak...



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Monday, November 2, 2009

Pi Mai Pi Mai Tang Tu...

Assalamualaikum...


Telinga ni tengah pekak sebelah ni. Akibat batuk terlalu kuat. Dah masukkan air tadi dengan harapan kepekakan itu akan hilang. Tapi hampeh...Masih macam tu jugak. Batuk tu dah kurang sikit laa...selsema pun sikit. Demam Alhamdulillah tak ada dah. Yang tak tahan tu bila batuk, tekak ni gatal satu macam. Tak boleh tahan punya. Tapi ini adalah suatu keadaan biasa untuk maklang. Sekali kena serang, habis semenya, 3 serangkai - batuk, demam selsema. Apa nak buat! Moga cepat Allah kasi sembuh...Amin..

Semangkuk penuh Cik Abang siap kan b4 dia ke pejabat. Ubat utk batuk, selsema, demam dan antibiotik. Selebihnya vitamin dan segala macam...

Pagi tadi maklang dapat sms dari seseorang. Katanya dia ada di Kerteh, tapi mesyuarat sepenuh hari. Oh...maklang pulak ari ni masih mc. Berehat betul ari ni...sambil2 tengok TV. Tapi dalam pada tu sempat lah keluar kejap masa nak amek Hakim dari tabilas, ke kedai runcit untuk nak beli keperluan dapur. Sayuran dan beras illek. Pergi dengan bibik dan kemudian terus amek Hakim. Pulang dari situ sempat gode2 tepung kejap, masukkan adunan dalam oven. Hajat hati nak kasi buah tangan lah kat kawan kalau ada rezeki nak jumpa.

Alhamdulillah kalau dah jodoh bertemu jua akhirnya. Memang yang buat secara spontan jadi. Bulan 5 lepas dah ada jugak plan nak jumpa, tapi tak jadi. Biasalah sebab apa yang diatur, ditukar secara tiba2.

Maka petang tadi, maklang dengan ditemani kawan maklang, Puan Saz, ke airport dan bertemu lah dengan puan yang kecik molek ni...Memang kadang2 kami mengikuti blog beliau. Cerita punya cerita, ada jugak kawan2 yang kami ber2 kenali. Begitu jugak dengan kawan TM, dia juga kenal kawan maklang masa kecik2. Memang lah pi mai pi mai tang tu jugak!

Kan betul maklang kata, kecik molek jer orang nya. Thanks TM kerana sudi nak bertemu mata ngan maklang...Ada umur dan kalau ada masa, mehlah singgah ke Teratak Maklang pula ye..yang di alam nyatalaa...:)



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, November 1, 2009

Suri rumahtangga sepenuh masa..

Assalamualaikum...



Hari ni satu hari mata rasa macam nak lelap aje. Lepas dah solat subuh, bila abang dan anak2 dah siap2 nak ke sekolah, maklang baring aje atas katil. Cuaca pulak sejuk bukan main. Apalagi, tarik semula selimut. Sebelum abang ke pejabat, dia siapkan ubat dan kasi makan. Memang kalau tak sakit pun, ubat2 dia siapkan. Apalagi kalau tengok maklang terbaring, siap bawakkan air and suruh makan ubat. Thank you laa cik abang kerana sangat perihatin....:) . Bertuah badan..Alhamdulillah...


Maklang dapat MC 2 hari. Petang semalam ke Dr. Entah berapa macam ubat yang dia kasi. Antibiotik pun ada. Pulang dari clinic, telan ubat batuk. Alhamdulillah legalah sikit. Hari ini pun batuk dah berkurangan. Tapi mata ni, macam tak boleh nak bukak. Paksa jugak bukak sebab tak nak nanti tengah2 malam terjaga sorang2...puas golek2 sorang nanti!

Alhamdulillah maklang dapat lawatan dari seorang anak raja yang tinggal kat Kemaman. Terimakaseh lah melawat maklang. Lama jugak kami berbual. Biasalah kalau dah jumpa, pasti ada aje nak bual. Ialah..bual2 macamana nak menjana ekonomi...he..he..

Bila anak raja dah balik, maklang naik atas. Lepak2 tengok Tv dan main2 riben sampai abang balik makan tengahari. Seronok betul rasa kalau tiap2 hari macam ni. Bila suami balik, kita tunggu dia kat rumah. Tak pernah lagi rasa betul2 macam tu cuma bila masa tak sihat, ataupun masa confinement...Bila lah agaknya nak dapat approval untuk nak jadi suri rumahtangga sepenuh masa....

Terimakaseh kerana mendoakan maklang...Dah rasa sihat sikit dah ni....:)


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Friday, October 30, 2009

Kurang sihat

Assalamualaikum...


Hari ini badan rasa kurang sihat betul. Tekak gatal, hidung tersumbat, badan macam tak selesa. Agaknya stress dari tempat keje ni. Alongdan Hakim pun kena batuk2 so sekarang ni macam mengjangkit2 pulak.

Siang tadi pegi Kuantan dengan Hakim dan Maya dan Abang. Ada hal sikit. Sementara abang uruskan hal dia, maklang sempat lah jugak beli2 bahan utk jahitan maklang. Alhamdulillah masih dalam jualan murah, jadinya dapatlah dalam 10% diskon je. Kain memang dah naik harga, sampai kadang rasa tak reti nak letak berapa harga barang yang nak dijual! Tapi tokey kedai kata, mungkin dalam bulan 12, untuk clearance nanti banyaklah harga kain dikurangkan. Kalau betullah, nak gak simpan sikit2 untuk bekalan masa depan.

Lepas dah selesai urusan, kami pergi makan kat ECM. Makan biasa aje. Ber4. Cik Abang dan Hakim pegi solat jumaat dan sementara tu maklang dan Maya pergi beli barang2 rumah sikit. Kalau nak beli banyak takut tak terangkat pulak...

Kami pergi ke rumah Datok kejap. Alhamdulillah, dia sihat. Nampak berisi sikit. Sedap tengok dia makan ayam yang kami bawak tu.

Ni pun baru aje tiba dari Kuantan. Letih jugak rasanya sebab badan tak sedap. Tapi kena menjahit jugak sebab tempahan masih ada lagi...Doakan maklang sihat eh...:)


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, October 28, 2009

After so long...

Assalamualaikum...


Hari ini bz. Penat pi meeting kat Gebeng. Very stressful. Almaklum, maklang sorang aje represent the company utk the portion of work yang maklang and the gang dok buat selama ni. Yang masalahnya sekarang ni tak ada a fine line kat mana it stops. Kadang2 jadi confuse sendiri yang mana can beri pada client dan yang mana tak boleh. Lagi satu masalah, boss sini kata lain, boss KL kata lain. Kita yang kat tengah2 ni tak tahu nak ikut mana satu. Tapi like mamarock kata, take one thing at a time and that is what I am going to do. Apa2 pun Alhamdulillah the proposal dah di sign oleh the Client..

Harap2 it will be a smooth sailing process and harap2 senanglah nak menjalankan kerja2 yang telah diarahkan. Thank you Allah..

Mata dah ngantok sgt nak menaip, so selamat malam ye....



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...